Wednesday, August 10, 2011

My Amore Doa: Ayat seribu dinar




Maknanya : Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mengcukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.



Ayat ini diajar kepada saya mase saya di Sekolah Maahad Hamidiah mase secondary school dulu. Kami kene bace doa ini selepas solat tiga kali. Alhamdullilah, sudah menjadi kebiasan sampai sekarang antara sedar atau tidak mulut akan terkumat kamit terus bace doa ni. Sudah menjadi kebiasaan mksdnye selalu tapi penah miss tau. Masih banyak diri perlu diperbaiki.



Tibe-tibe lately sambil baring-baring pandang syiling terlintas fikiran tentang makna ayat seribu dinar. Xtau. Terus aim kat opis nanti nak cari makna dan harus la share pada belog yang kadang-kadang aktif kadang-kadang bersawang. hehe.



Bagus kan Ramadhan terlintas benda-benda baik. Syaitan dah kene ikat la tu.



Thank you for reading.

Kalo suka, boleh Like!

No comments:

Post a Comment