Thursday, August 11, 2011

Kisah yang superb Amore dari buku Murabbi Cinta Part 1

Buku Murabbi Cinta ini ditulis dgn penoh Amore! dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang fofular dgn Saifulislam.com itu.


This is for my husband, Encik Amore.
Untuk memudahkan beliau terus menyedut segala ilmu yg sgt superb Amore, saya dah tanda part mana yang tibe-tibe terkagum, terpana dan terAmore sepanjang saya membaca.


Credit pic to Dee.

Saya abiskan buku ni dalm 2 hari tau! Pecah record utk jatuh no 2 selepas komik Slam Dunk. Mari beramore-amore..


First Part yang Amore buat saya terpana.

1. Kalau mahu dihitung-hitung, jumlah kematian penduduk Malaysia disebabkan HARIMAU, mungkin tidak sampai dalam setahun. Tetapi berapa ramai di negara kita yang menderita dan menemui ajal kesan gigitan seekor nyamuk makhluk kecil bernama NYAMUK?
Allah sudah memberi perbandingan jelas pada kita utk lihat tentang dosa kecik yang diambil remeh kerna konon-kononya hendak menjaga dosa-dosa besar sahaja. Tak percaya tengok Surah Al-Baqarah ayat 26. "Xpe.. dosa kecik je.." Jangan disebabkan dosa kecik, kita merana di akhirat kelak. Sayang Amore sayang sebab yang harimau puas kita dah avoid tetapi lupa memasang kelambu dan ubat nyamuk pulak.

Dosa kecik yang nyamuk.
(Credit pic to Google Image)


Second part yang Amore. Lagi terpana dan nak kucup sebab kisah ini.

2. Pokok Semalu. Identiti utama pokok semalu ini, daunnya akan menguncup serta terkulai apabila tersentuh dan kembang semula selepas beberapa minit.
" Abi, kenapa daun die tertutup bila kita pegang?"
"Sebab dia nak melindungi dirinya daripada dirosakkan"
"oh, kalau kita tutup-tutup, kita akan selamat ya?"

Pokok Semalu memang terkenal dengan manfaat kaum perempuan sebagai herba. Ianya direbus dengan buah manjakani dan asam keping, airnya berguna utk membersihkan anggota sulit perempuan terutama selepas bersalin. Pokok Semalu selain menguncup pabila disentuh, ia juga akan menguncup apabila menjelang senja.
Memang sudah ditunjukkan Pokok Semalu memang Pokok Perempuan. Belajarlah dari Pokok Semalu macamane hendak menjadi perempuan.
Pokok Perempuan.
(Pic from Google Image)


Third Part lagi Amore. sebab terasa pedas tergigit cili.

3. Kisah berantai.CEO memarahi setiausaha sebab lambat menyerahkan dokumen kepadanya. Padahal Pengurus Jualan yang lewat bagi kat  setiausaha. Terus setiausaha pergi kat Pengurus Jualan memarahi Pengurus Jualan dengan menghempas dokumen ke atas meja. Pengurus Jualan bengang dengan sikap biadap setiausaha diburukkan lagi dengan kesesakan jalan raya luar biasa. Sampai dirumah, wajah isteri tengah berkerut tidak ceria. Si isteri cube berlawak bergurau dengan suami tapi ditengking suaminya. Si isteri sangat terkejut dan marah dengan suaminya. Si anak datang hendak menunjuk lukisan kepada ibunya. Ibunya marah kembali kepada anaknya. Kucing chomel sedang lalu pula lalu ditendang oleh anaknya yang marah kpd ibunya.

Kesian kucing itu.

Sabda Rasullulah saw: "Janganlah kamu marah! (Baginda mengulanginya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!" (Riwayat al-Bukhari)

 Tapi ini rantai makanan. :P
(pic from Google Image)

Sama-sama kita ambil iktibar.

-Penulisan di blog ini adalah bercampur hasil dari penulisan yang Amore dari Ustaz Hasrizal dan penulisan yang tidak Amore dari saya.


Oke. cukup hari ini. Nanti bersambung dengan kisah politik yang Amore! dalam buku ustaz ini.
"You may not be interested in politics, but politics are interested in you"- Michael B. Coleman.



Thank you for reading.

Kalo suka, boleh Like!

No comments:

Post a Comment