Tuesday, August 16, 2011

Murabbi Cinta- Kuasa Kata


"Cinta itu seperti bunga-bunga, ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti 
di setiap hati yang rindu di dampingi."


Kuasa kata.



Baby yang tidak pandai berkata-kata.


Baby yang menangis sedih namun difahami mommynya minta dibuaikan.
Baby yang menangis kelaparan namun difahaminya mommynya minta disusukan.
Baby yang menangis kesakitan namun difahaminya mommynya minta diubatkan.

Begitulah istimewa hubungan mommy dan baby yang tidak pandai berkata-kata.


Remaja yang pandai berkata-kata.


Mak: Kau ni kenape? Kalau tak kerana kamu, mak tak masak ayam ni. Makan!

Remaja: Tak nak! Nak Abang Amin makan sama!

Mak: Hah. Pergi kenas beg. Pergi umah Abang Amin. 
Xyah balik!

Terus berlari si remaja ke bilik dan menutup pintu dengan kuat.

Dimana istimewa hubungan mommy dan baby tadi?



Alangkah indahnya begini.

Mak: Kasihan dengan Li. Tak apa, cuti sekolah nanti Lie pula tido umah Abang Amin.

Remaja: Tapi Li sedih!

Mak: Xpe, Li makan dulu. Lepas makan, kite boleh telefon Abang Amin.

Dan mereka makan ayam dengan aman dan damai walaupon hati anak
masih berasa sedih dengan ketidakhadiran Abang Amin.


Anak biasanya hanya mahu meluahkan perasaan.
Mahu melihat ibu bapanya menunjukkan simpati dan memahami perasaannya.


This is the power of words occurred.


Bayangkan, betapa banyak perkataan yang berjaya dijimatkan.
Bayangkan, betapa banyak perasaan yang berjaya diselamatkan.
Betapa indah kasih sayang berjaya diterbitkan.
Semua dengan kesudian ibu bapa memahami anak-anak.





Makin betul kata, Makin salah makna.





Sebuah kisah Amore dari Ustaz Hasrizal (buku Murabbi Cinta) dan dicerita balik dari saya yang tidak Amore.


Psss- Cerita ini jugak boleh diadaptasikan ke dalam hubungan suami isteri. <3 The power of words.



Thank you for reading.

Kalo suka, boleh Like!

2 comments:

  1. suka cte ni cha
    pandai ko olah balik
    syukur sgt ko stat berblog blik
    sbnrnnya dl ko yg lg aktif dr aku kan?

    ReplyDelete
  2. majid, kalo ko bace dari buku ni terus lagi ko suke jid.

    Aku pon suke ko aktif gak aku rase ade geng. dulu aktif pastu ilang punca, pastu tgk ko aku jadi semnagt balik. :D

    ReplyDelete